Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat pengunjung youmeyaat afeefah yang dikasihi.
Sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini menggunakan bahasa ibunda. Biarpun saya obses dengan bahasa arab tetapi saya menyintai dan menghargai bahasa ibunda saya yang penuh dengan unsur-unsur kehalusan, ketinggian dan keindahan bahasa.
Saya tidak mahu bercakap tentang bahasa pada hari ini, tetapi sekadar mahu menjawab tag yang diberikan oleh melatidaisy. Ianya post yang santai sekadar untuk merehatkan minda. Mungkin kalian akan lebih mengetahui serba sedikit tentang saya melalui tag ini. Tag dalam bahasa melayu, saya hormati untuk menjawabnya dalam bahasa melayu juga :)
(random questions)
Apakah perkara penting dalam hidup anda?
Rahmat,kasih-sayang,pengampunan dan keredhaan Allah jalla jalaluh.
Saya betul-betul akan rasa seperti orang yang tidak berguna sekiranya berterusan maksiat kepada Allah.
Barang terakhir yang dibeli menggunakan duit anda?
Pen biru yang digunakan untuk menjawab peperiksaan akhir semester. Dakwat sebatang pen cukup-cukup untuk menjawab lima kertas peperiksaan.
Dimanakah tempat anda akan langsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Di skudai johor bahru inshallah. Tema? saya rasa lebih baik dirahsiakan agar ia menjadi kejutan untuk kalian.
Adakah anda sedang bercinta sekarang?
(Soalan apakah ini?) Untuk perkara peribadi, saya tidak mahu bercinta, tidak mahu dan tidak mahu lagi bercinta. Tidak ada keperluan untuk bercinta hinggalah selepas berkahwin. Tett.
Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Speaking arabic please.. أنا بحبك وأريد أن أكون معك إلى الأبد ، إن شاء الله
Di manakah anda berjumpa kekasih anda?
Di dalam doa. Doa kegemaran saya, kegemaran untuk selamanya. Mungkin.
اللهمَ اجْعَلْنِي عَفِيفَة صَالِحَة وَاجْعَل خَطِيبِي صَالِحًا تَقِيًّا
Apakah novel/buku/majalah yang terakhir dibeli?
Buku cerita dongeng kanak-kanak (versi bahasa arab). Walaupun buku itu tahap tadika,tapi saya peroleh banyak manfaat daripadanya. Cerita tentang haiwan. Kamu semua sudah tahu nama-nama haiwan dalam bahasa arab?
Cuba teka, itik, musang, buaya, harimau, naga, singa dan penguin apa dalam bahasa arab? :) Siapa dapat jawab dengan tepat tanpa tengok kamus next stage please!
Apakah nama penuh anda?
عفيفة صالحة بنت زين العابدين
Saya sangat suka bila orang arab atau mereka yang berlahjahkan arab memanggil saya: ya afeefa, ya afeefa. Rasa begitu syahdu!
Antara ibu dan ayah, siapa yang anda lebih mesra?
Kedua-duanya.
Dengan umi, saya jadi diri saya yang sebenar.
Dengan ayah saya jadi agak merepek (sebab layan ayah saya cakap bahasa utara, dan tiap kali saya cakap utara saya akan gelak,,oh,buruk betul bila dengar saya cakap utara) n_n . Hidup ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita menjadi diri sendiri dengan berpandukan syara'.
Namakan orang yang anda benar-benar hajatkan untuk berjumpa di dalam hidup anda?
Kekasih Allah, Muhammad salla allhu alaihi wasallam.
Adakah anda membasuh pakaian anda sendiri?
Sudah tentu. Saya mula membasuh pakaian sendiri bermula dari tingkatan satu (sekolah asrama) sampailah sekarang. Oh, habislah telapak tanganku ini. Alah bisa tegal biasa :)
Dimanakah tempat yang anda berhajat sangat untuk pergi?
Haramain (makkah we madinah) dan juga palestin. Jom duduk sana.
Pilih salah satu, peluk atau cium?
Saya mahu pilih dua-dua. Saya tidak mahu meng-anak tirikan samada peluk atau cium n_n. Harus bersikap adil.
Beritahu 3 perkara tentang orang yang memberi tag ini?
1. Dia classmate saya. Baru saja duduk berbincang sekali sebelum masuk dewan peperiksaan pagi tadi.
2. Dia pakai niqab.
3. Kawan yang saya suka tanya: "awak dah siapkan assignment? dah study sampai mana ?" Saya rasa seperti ada gang jika dia tak siapkan lagi assignment dan tak mula study lagi :)
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
1. Hadiah pemberian daripada mereka yang saya kasihi; yang sangat dikasihi kerana Allah.
2. Abaya-abaya saya. Nak tahu rupa abaya tu macam mana,sila klik label abaya disebelah kanan kamu :)
3. Nota STAM dan juga nota-nota saya sekarang ini, ada unsur-unsur sentimental value disitu.
4. Kata-kata yang ikhlas, ucapan yang indah dan manis yang diberikan oleh mereka yang saya kasihi.
5. Saya sayang diri saya, jadi sesiapa yang tidak sayang saya, saya merajuk dengan dia. Boleh ke?
Apakah lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Saya tak gemar muzik. Jika dengar lebih daripada 15 minit, ia mengganggu saya. Music is annoying me.
Bilakah tarikh lahir anda dan dimanakah anda menyambutnya tahun lepas?
11 JUN di jusco. Saya ada ramai kembar berlainan tahun. Lima orang semuanya.
1. Zaneerah afirin
2. Nailah Abd Kadir
3. Athirah Hanisah
4. Hamzah Omar
dan yang kelima ini istimewa. Kembar nama- Afifah Zaki :). Cuba teka siapa yang dipanggil kak pah dan kak pip? - soalan tidak mencabar langsung..
Lima rakan Blogger yang anda mahu tag
Saya tidak mahu tag sesiapa. Oh, saya telah melanggar peraturan...
*********
Alhamdulillah, saya sudah selesai menjawab semua kertas peperiksaan. Jadi bahasa yang digunakan di dalam post kali ini adalah bahasa bahagia dan gembira ye. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment